selagi jantung berdegup selagi nadi berdenyut jadikan hanya namaMu yang kuseru

click to create your own

Tuesday, July 5, 2011

ustazah cool ^_=



بسم الله الرحمن الرحيم




hari itu seorang ustaz di sekolah tempat ibu Nur mengajar diserang penyakit demam campak..jadi special request daripada ibunya agar dia menggantikan tempat ustaz tersebut utk sementara waktu...

OK?
ko?

*****

HARI PERTAMA

lokasi: kelas 3 muhsinin

kanak-kanak darjah tiga berlari ke sini ke sana didalam kelas
keriangan kerana tiada guru..lalu nur pun
melangkah ke dalam kelas dengan penuh yakin..

Nur:...(senyum dan pandang semua budak2 darjah tiga dalam kelas tu)

kelas:*ustazah baru la...(sambil bisik-bisik..but i heard that)

nur:Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

kelas:Wa'alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh ustazah!(dgn enam harakat gaya comel budak2 jawab salam)

kelas dimulakan dengan doa penerang hati
usai berdoa,nur meminta pelajarnya mengeluarkan buku teks

idham:ustazah!kiter buat buku aktiviti lah ustazah...

ahmad:ustazah saya tak bawa buku!

efah:ustazah!buatlah kuiz ustazah!

nur:...*pening

disebabkan pertama kali menjadi cikgu a.k.a ustajah plus tak ada pengalaman handle adik..situasi begini tidak cekap dihandle oleh nur

nur:ewm...ok2!hari ni kita main kuiz ye!ustazah bahagikan kamu pada tiga kumpulan ..A B dan C..

efah:ustazah!letak la nama kumpulan Uthman ke..Abu Bakar ke..ini A B C..

nur:*ouch!! (pandai pulak budak ni berbicara sedemikian rupa)
okeyh!dengar sini!(menjerit mcm nak terkeluar semua suara yg ada dlm tekak) ustazah nak setiap kumpulan lantik seorang ketua!

dlm masa yg sama,sekumpulan pelajar lelaki main-main kertas kosong + buat roket kapal terbang + macam tak ada cikgu bercakap di depan + buat muka tak bersalah

= buat ustazah baru jadi GERAM

nur:..* sabar nur..cool =_=

*******

bersambung ~