selagi jantung berdegup selagi nadi berdenyut jadikan hanya namaMu yang kuseru

click to create your own

Wednesday, August 24, 2011

bantu kami untuk bantu kamu



saye tak pandai nak bermadah

tapi apa yg dirasa oleh muslimat ini

mungkin dirasai oleh ramai lagi sepertinya

yg cuba menggapai title "wanita solehah"

perhiasan terindah buat dunia

moga kamu mengerti

dan memahaminya

dengan sebenar-benarnya



بسم الله الرحمن الرحيم


Gerak langkahmu memikat hati,
Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.
Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.

Ranjau Menawan - NowSeeHeart

Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.

Ketahuilah wahai muslimin,

Kami memagari diri kami,

Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,

Kami mengeraskan kelembutan kami,

Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,

Kami lari dari fitrah azali kami,

Agar tidak terganggu imanmu,

Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?

Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.

Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!

Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.

Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej,

'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.

Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan.

"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",

"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni terlalu formal kita biasa-biasa je "

Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?

Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,

Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.

Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,

Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.

Ketahulah wahai muslimin,

Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,

Dalam memangkin perjuangan ini,

Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,

Ia akan memberi kesan kepada keduanya.

ketahuilah wahai muslimin

kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,

Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,

kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,

Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,

Dan kamu selayaknya untuk kami.


Muslimat- perempuan

Muslimin- lelaki

Ikhtilat - percampuran lelaki dan perempuan

su'uzhon- bersangka buruk
MUSLIMIN BANTULAH KAMI MENCARI ERTI SOLEHAH-(dicopy dr FB)

Thursday, August 18, 2011

bila berduka



بسم الله الرحمن الرحيم

************
RUMAH

ibu : puasa ke tidak ni?

nur : kenapa?

ibu : gaya macam tak makan sebulan je..mengalahkan orang puasa..

nur : .........

************

DALAM KERETA SORANG-SORANG

nur : npe hati rasa sedih tapi tak tahu apa puncanya..

**********

MASJID

makcik : ha,ni siapa yg sedang berdukacita ..sila ambil kertas ni..ada doa untuk hilangkan sedih..

nur : ha! saya la tu...nak ! nak !

makcik :nah

nur : mekaseh...

***

walid : ana ijazahkan tuan - tuan dan puan - puan semua untuk mengamalkan doa ini...

nur : qobiltu!

*********

DOA KETIKA KEBIMBANGAN DAN DUKACITA

Daripada Abu Musa Al- Asy'ari (radhiallahu 'anhu),daripada Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) bersabda:"Sesiapa yang ditimpa kesedihan atau dukacita,hendaklah berdoa dengan kalimah - kalimah ini:

اَللَّهُمَّ اِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاءِكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ أَن تَجْعَلَ اَلقُرْانَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ وَنُورَ صَدْرِي وَجَلاَءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي. .

“Ya Allah!Sesungguhnya aku adalah hambaMu,anak hambaMu(bapaku) dan anak jariahMu(ibuku) ,ubun – ubunku dalam kekuasaanMu ,telah berlaku segala keputusanMu ke atas diriku.Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau namakan kepada diriMu ataupun yang telah Engkau turunkan di dalam kitabMu, ataupun yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang dari kalangan makhlukMu ,atau yang telah Engkau simpan di dalam ilmuMu yang ghaib;yang hanya diketahui olehMu,agar Engkau menjadikan Al-quran sebagai penyeri hatiku,cahaya dadaku,penghapus dukacitaku dan penghilang kebimbanganku.”

Seseorang berkata,:"Wahai Rasulullah!sesungguhnya orang yang rugi ialah orang yang meninggalkan doa ini."

Rasulullah (sallallahu 'alaihi wasallam) menjawab, "memang benar.oleh yang demikian ,bacalah dan ajarilah ia,kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca dan mengajarnya kerana mengharapkan apa yang terkandung di dalamnya(doa ini),maka Allah akan menghapuskan kesusahannya dan memanjangkan kegembiraannya."(1)

Di dalam satu riwayat daripada Ibnu Mas'ud berkata,Rasulullah (sallallahu 'alaihi wasallam) bersabda,"Hendaklah sesiapa yang mendengar doa ini,mempelajarinya."(2)


nota kaki:

(1)riwayat at-tabrani.Lihat Majma' al-Zawaid jilid 10,H:136

(2)Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-musnad,rijalnya adalah thiqah dan sanadnya sohih.


"ana telah mengajarinya maka rugilah jika tuan puan tidak mempelajarinya"

-Syeikh Fuad bin Kamaluddin al-maliki -

Wednesday, August 17, 2011

soleh


بسم الله الرحمن الرحيم

KELAS 1

nur: ustazah, kalau ada lelaki soleh datang meminang kita..boleh tak kita tolak dia sebab kita ada calon yg lagi soleh daripada yg datang meminang ni..

ustazah : kenapa calon tu tak datang meminag ?

nur : sebab dia belum sedia lagi....

ustazah : pilihlah yg dah datang meminag tu..sebab itu tandanya dia betul-betul serius nak kahwin dengan awak dan dah bersedia...

nur: tapi saya nak calon yg lebih soleh tu......(dalam hati)

**************

KELAS 2

kasih: ustaz, jika ada seorang lelaki soleh ni nak ajak kita kahwin..tapi kita tak terbuka hati pun nak kahwin dgn dia...pastu dia kata dia sanggup tunggu sampai kita terbuka hati....macam mana ye ustaz??

ustaz : enti ada hak untuk menolak ajakannya atau berdiam diri sahaja dan tetap dengan pendirian enti untuk tidak berkahwin dengannya kerana belum terbuka hati....jika si dia sanggup menunggu biarkan dia tunggu tapi jelaskan padanya yang enti tidak berniat utk memberi sebarang harapan padanya..

nur: ustaz,jika seseorang tu memang benar jodoh kita..hati kita pasti akan terbuka untuknya ke ustaz?

ustaz : tidak juga..kadang - kadang kita menyukai seseorang itu kerna rupanya yg cantik..kerna fizikalnya...kerna nafsu semata..bukannya kerna mendapat ilham dari Allah bahawa dia adalah jodoh kita yang sebenarnya..oleh itu kita perlulah istikharah...lihat firasat ibu... atau firasat guru kita yg soleh...

nur : ......(angguk - angguk)

**********

RUMAH

ibu : kamu nak tak kahwin dengan si faiz anak ketua pengarah tempat ayah kamu bekerja?dia sekarang dah hbs belajar ...uia jugak dulu..biotech...

nur : .........(boleh tak kalau nak buat - buat tak dengar je..hukhuk)

********
"KITA SELALU NAK YANG PALING SOLEH,TAPI KITA DAH CUKUP SOLEHAH KE UNTUK DAPAT YANG SOLEH??"

Sunday, August 14, 2011

maaf bilaku berdusta






بسم الله الرحمن الرحيم

dalam setiap hembusan nafas

dalam setiap denyut nadi

selawat dan salam ke atasmu

wahai kekasih Ilahi

engkau diciptakan sebagai manusia

namun kesempurnaanmu mengjangkau basyariah

bahkan engkau adalah permata

di antara pasir di lautan

engkaulah cahaya di atas cahaya

menyinari terang cahaya

tiap jiwa yg dirundum gulita

maafkan aku Ya Rasulullah

bila bibir mengaku cinta

tapi seringkali hati berdusta

tergoda dengan nafsu dunia

yang membawa ku jauh dari cintamu

berkaca mata mengenang rindu

menatap wajahmu ku damba selalu

walau hanya dlm lena

namun

noda hitam penggelap jiwa

jadi penghijab untuk bersua

kerna wajahmu begitu mulia

tak mungkin dilihat

oleh mata yg penuh dosa

selawatku ke atasmu

membawa bersama seribu harapan

moga di sana nanti

akan disyafaatkan

agar dapat bersua di syurga idaman

Ya Allah

tuhan segala ciptaan

rezekikan kami untuk terus berselawat padanya

mengikut sunnahMu dan para malaikatMu

dengan izinMu pasti



Thursday, August 11, 2011

cahaya cintaku



بسم الله الرحمن الرحيم

telah lama ku pendam rasa ini
tanpa engkau sendiri ketahui
hanya kepada Ilahi
ku adukan rasa ini

di malam hari
di sejadah ini

aku bermohon agar dikurniakan
seorang insan sebagai teman
yang sudi berpimpin tangan
menempuh jalan mencari redha Tuhan

dalam diam
wajahmu selalu muncul dalam ingatan
saat doa dipanjatkan
agar ditemukan suami dambaan

namun ku sedar
engkau terlalu tinggi
hanya layak untuk bidadari
yg suci hati nurani

seakan aku bertepuk sebelah tangan
hanyut dalam anganan
terbuai mainan syaitan

moga kau bertemu gadis pilihan

andai engkau bukan jodohku
moga Allah tenangkan hatiku
dengan seorang mujahid setanding dirimu

ameen

Thursday, August 4, 2011

Monday, August 1, 2011