selagi jantung berdegup selagi nadi berdenyut jadikan hanya namaMu yang kuseru

click to create your own

Tuesday, November 22, 2011

majalah Q&A


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sebuah majalah baru dengan nama MajalahQ&A (terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd) telah terbit. Kupasan isu dan jawapan dari para masyaikh dan penulis yang berwibawa, secara santai, sederhana tetapi padat dan ilmiah mengikut manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Alhamdulillah, Al-Fadhil Ustazuna, Ustaz Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy dijemput menjadi salah seorang kolumnisnya dalam ruangan Paradigma dan Suluhan Ibadah. Masyaikh dan penulis lain termasuklah Habib Hasan al-Attas, Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Muhamad Kazim al-Hafiz, Ustaz Zulramli, Syaikh Muhamad Nazrul Abdul Nasir (Anjung Atrak), Prof. Dr. Muhaya dan lain-lain.

Tambahkan ilmu (‘ilm) dan kefahaman (fiqh) antum…Dapatkan Majalah Q&A ini daripada pengedar-pengedar yang berdekatan. Sila rujuk:





Pesan Al-Fadhil Ustazuna:

“Sepatutnya, penuntut ilmu hendaklah rajin memutola’ah, mengulang kaji pelajaran dan mengekali amalan yang dijazahkan guru. Telah berkata Al-Arif billah, Al-Faqih al-Lughawi al-Muhaqqiq al-Mudaqqiq, Habib Zain bin Ibrahim bin Sumait:

بِالتَّكْرِيرِ يَحْصُلُ التَّقْرِيرَ، وَبِالتَّقْرِيرِ يَحْصُلُ التَّأْثِيرَ، وَبِالتَّأْثِيرِ يَحْصُلُ التَّنوِيرَ...

(Dengan banyak mengulang-ulang sesuatu (kitab/ matan/ wirid/ ratib/ hizb), akan menghasilkan ketetapan (pada amalan/ istiqomah), dengan adanya ketetapan itu, akan menghasilkan kesan (pada hati dan himmah) dan dengan kesan itu, akan menghasilkan cahaya (pada hati nurani)…)”


mode : laksanakan amanah

Saturday, November 12, 2011

ISTERI-ISTERI solehah

بسم الله الرحمن الرحيم

suatu hari terbuka muka buku & saye terbaca ini

ISTERI-ISTERI ULAMA

Di sebalik setiap ulama besar, selalu ada isteri yang solehah. Berkata Imam Abdul Wahab bin ' Ali Al-Sya'rani (w. 973H) dalam kitabnya bertajuk "Lataif Al-Minan Wal-Akhlaq fi Wujubit-Tahadduts bi Ni'matillah 'Ala Al-Itlaq" :

Di antara berbagai nikmat anugerah Allah kepadaku adalah Allah menjadikan keempat istriku (iaitu Zainab, Halimah, F
atimah dan Ummu Hasan binti Syeikh Madyan) istri-istri yang sangat saleh. Ini nikmat yang sangat besar bagiku. Andai ini bukan sebuah nikmat besar, niscaya Allah tidak akan mengingatkan nikmat ini kepada Nabi Zakaria dengan firman-Nya, “Dan Kami salehkan istrinya.” (Qs Al Anbiya [21]:9).

Tanda kesalehan mereka antara lain: mereka tidak pernah walau hanya sekejap duduk dalam keadaan junub, tidak pernah menunda shalat kecuali karena haidh, nifas atau lupa, dan tidak pernah meninggalkan tahajjud.

Yang paling rajin beribadah di antarai mereka adalah Fatimah dan Puteri Syeikh Madyan. Fatimah sering kali bertahajjud di bel
akangku. Aku membaca seperempat Al Qur'an pada rakaat pertama, ia tetap tidak meninggalkanku. Kecuali jika anaknya terbangun atau menangis. Sementara Puteri Syeikh Madyan, ia tidak pernah terlewatkan shalat tahajjud pada sepertiga malam, baik pada musim dingin ataupun musim panas.

Salah satu tanda kesalehan mereka yang lain adalah mereka tidak pernah membebankanku untuk membeli sesuatu kecuali apabila mereka tengah sakit. Dalam sehat, mereka bersamaku bergantung kepada kebaikan Allah Swt.

Tanda kesalehan Fatimah, ia tidak mau menerima pemberian manusia jika aku telah menolaknya. Puteri Khas-Bek pernah memb
eriku 10 Dinar, tapi aku menolak pemberiannya. Aku berkata, “Aku tidak menerima hadiah dari wanita.” Ia lalu memberikannya kepada Fatimah, isteriku, namun ia juga menolaknya.

Begitu juga yang terjadi pada isteri Abu Bakar Daudi. Apabila aku menolak hadiahnya, ia memberikan hadiah itu kepada Fatimah. Isteriku menolak dengan berkata, “Kami tidak menerima pemberian wanita. Begitu juga suamiku.” Hal ini sesuatu yang jarang sekali dapat kau lihat pada istri-istri ulama lainnya.


Istri-istriku selalu menolong diriku dalam perbuatan baik. Mereka mengingatkanku untuk bersedekah dan melakukan kedermawanan lainnya. Jika aku tidak menemukan sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang memerlukan, mereka membantuku dengan pakaian atau perhiasan mereka sendiri. Mereka melakukannya dengan ikhlas, terutama Ummu Abdurahman, Fatimah. Semoga Allah meredhainya dan membangkitkanku bersamanya di akhirat nanti.



lalu dibukakan hati utk dikongsi disini ^_^

p/s : - mereka sudah terbukti kesolehannya..kita bila lagi??
Allah....

Wednesday, November 9, 2011

kenali wahabi yg sebenar


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat ahli-ahli pengajian talaqi sekelian, semoga dirahmati Allah SWT. Al-Fadhil Ustaz Muhadir sangat menyarankan agar semua kita memiliki (membeli) buku ini….
Hubungi:UIA PJ: Akhi Aiman (013-9311856) & Ukhti Afiqah (013-2059498)UIA GOMBAK: Akhi Adli (013-9490438) & Ukhti Shuhada (013-2002463)UIA NILAI: Akhi Nawwaf (014-5012970) & Ukhti Natira (013-6369821)UIA KUANTAN: Akhi Ku Atif (013-2914569) & Ukhti Fatimah (013-2225962)

p.s: Sila berikan nama dan terus membuat pembayaran dahulu kepada wakil-wakil di atas. Harga istimewa jika membeli melalui wakil-wakil di atas. InsyaAllah, buku akan dibagi pada Jumaat, 4/11/2011.
Mengenai buku:Buku ini menjelaskan tentang latar belakang fahaman Wahhabiy, sejarah kemunculan, sejarah perbandingan, realiti sejarah global dan sejarah kemunculan Wahhabiy di Tanah Melayu. Buku ini juga membongkar doktrin pemikiran Wahhabiy, tokoh-tokoh Wahhabiy Timur Tengah, kesan negatif fahaman Wahhabiy dan perkaitannya dengan keganasan global, perbandingan hujjah di antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Wahhabiy, kritikan ulama sunni terhadap Wahhabiy dan status terkini Wahhabiy di Malaysia.

Garapan buku ini bertambah menarik apabila ia didedahkan oleh seorang pengkaji Wahhabiy. Beliau telah menyampaikan lebih 2000 ceramah berkait dengan ajaran sesat dan gerakan ekstrimis di Malaysia kepada pelbagai universiti, institusi pengajian tinggi, kementerian & jabatan kerajaan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), masjid-masjid dan surau-surau dan pelbagai syarikat swasta.
Diberi kata alu-aluan oleh Al-Fadhil al-Faqih, Dato’ Haji Mohd Saleh Hj Ahmad dan Al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady.

Komen Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad (http://bahrusshofa.blogspot.com/):“Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mulamenyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti - parti politik….”

mode : menjalankan amanah dari murabbi yg dikasihi agar berita tentang buku ini disebarluaskan..

Tuesday, November 8, 2011

andai sang kekasih ada bersama.....



بسم الله الرحمن الرحيم


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah dengan haruman Baginda,
sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasi
hku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....






Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.



sollu 'alannabi...sallahu 'alaihi wasallam.....


mode: rindu nk dgr this song dgn org compartment sebelah..~

Saturday, November 5, 2011

kembali ke key el ~




بسم الله الرحمن الرحيم


setelah dkt sbulan lebih drive kat kuantan ni..perangai saye pon dh jd mcm org kuantan...

hhhuuuu..

skrg ni..stiap kali nampak nombor pendaftaran kereta yg bermula dgn huruf C je dh jd allergy and intolerance...haha

my lecturer yg ajar ktorg "nutrition n health" ckp klu seseorang tu slalu marah2..maksudnye dy menghadapi kekurangan iodin dlm badan...

akibatnye dy jadi cpt naik marah..dan kejenye asyek nk marah - marah dan susah nak toleransi dgn org lain..

dan ini yg aku saksikan di atas jalan - jalan di Kuantan ni...

buat aku jadi fobia dan trauma utk drive..

tapi tak pa...

life have to live on....
#####################

dan sekarang ble dh berada di bumi key el ni..

rase bersyukur sgt....dan rase lebih selamat utk berada di atas jalan raya..

walaupun mmg org2 kt sini bawak kereta laju2..

but still ada etique and toleransi .....

alhamdulillah....


mode: home sweet home