selagi jantung berdegup selagi nadi berdenyut jadikan hanya namaMu yang kuseru

click to create your own

Thursday, August 18, 2011

bila berduka



بسم الله الرحمن الرحيم

************
RUMAH

ibu : puasa ke tidak ni?

nur : kenapa?

ibu : gaya macam tak makan sebulan je..mengalahkan orang puasa..

nur : .........

************

DALAM KERETA SORANG-SORANG

nur : npe hati rasa sedih tapi tak tahu apa puncanya..

**********

MASJID

makcik : ha,ni siapa yg sedang berdukacita ..sila ambil kertas ni..ada doa untuk hilangkan sedih..

nur : ha! saya la tu...nak ! nak !

makcik :nah

nur : mekaseh...

***

walid : ana ijazahkan tuan - tuan dan puan - puan semua untuk mengamalkan doa ini...

nur : qobiltu!

*********

DOA KETIKA KEBIMBANGAN DAN DUKACITA

Daripada Abu Musa Al- Asy'ari (radhiallahu 'anhu),daripada Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) bersabda:"Sesiapa yang ditimpa kesedihan atau dukacita,hendaklah berdoa dengan kalimah - kalimah ini:

اَللَّهُمَّ اِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاءِكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ أَن تَجْعَلَ اَلقُرْانَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ وَنُورَ صَدْرِي وَجَلاَءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي. .

“Ya Allah!Sesungguhnya aku adalah hambaMu,anak hambaMu(bapaku) dan anak jariahMu(ibuku) ,ubun – ubunku dalam kekuasaanMu ,telah berlaku segala keputusanMu ke atas diriku.Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau namakan kepada diriMu ataupun yang telah Engkau turunkan di dalam kitabMu, ataupun yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang dari kalangan makhlukMu ,atau yang telah Engkau simpan di dalam ilmuMu yang ghaib;yang hanya diketahui olehMu,agar Engkau menjadikan Al-quran sebagai penyeri hatiku,cahaya dadaku,penghapus dukacitaku dan penghilang kebimbanganku.”

Seseorang berkata,:"Wahai Rasulullah!sesungguhnya orang yang rugi ialah orang yang meninggalkan doa ini."

Rasulullah (sallallahu 'alaihi wasallam) menjawab, "memang benar.oleh yang demikian ,bacalah dan ajarilah ia,kerana sesungguhnya sesiapa yang membaca dan mengajarnya kerana mengharapkan apa yang terkandung di dalamnya(doa ini),maka Allah akan menghapuskan kesusahannya dan memanjangkan kegembiraannya."(1)

Di dalam satu riwayat daripada Ibnu Mas'ud berkata,Rasulullah (sallallahu 'alaihi wasallam) bersabda,"Hendaklah sesiapa yang mendengar doa ini,mempelajarinya."(2)


nota kaki:

(1)riwayat at-tabrani.Lihat Majma' al-Zawaid jilid 10,H:136

(2)Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-musnad,rijalnya adalah thiqah dan sanadnya sohih.


"ana telah mengajarinya maka rugilah jika tuan puan tidak mempelajarinya"

-Syeikh Fuad bin Kamaluddin al-maliki -

No comments:

Post a Comment